Welcome to my blog :)

rss

Tuesday, February 9, 2010

KeLiRu

Lihat pada permukaan nampak terlalu tenang, tapi di dalam hati ini terlalu banyak persoalan. Adakah perlu untuk aku mengkhabarkan apa yang aku alami. Aku buntu.. Apakah mungkin akan terjawab semua. Setiap kebenaran atau penjelasanku mempunyai pelbagai tafsiran yang tersembunyi... Tuhanku berikan aku hidayah agar aku tidak tersilap langkah.

Lelah...
Lelah...
Lelah...
Oh tidak!! itu semua hanya dugaan...
Ia menguji perhitunganmu...
Bersabarlah sayang....

Aku semakin tidak mengerti dengan diriku sendiri..
Oh, Tuhanku. Dengarlah rintihan hambaMu ini...
Semakin aku mencari kebenaran, semakin banyak persoalan yang menerpa...
Aku tidak mengerti akan apa yang sedang aku fikirkan..

Aku bukan mahu merungut, tapi hanya ingin meluahkan apa yang terpendam dihati ini..
semakin aku pendam ia semakin menambah kekeliruanku...
Aku hanya inginkan kebenaran dan kepastian yang tidak akan membuatkan aku terfikir sebarang persoalan..
Mungkin aku perlu mencari di mana kebenaran dan kepastian itu..
Tapi, kekeliruan ini telah memberi peluang kepada syaitan untuk meracuni fikiranku...
AHHHH!!!!
Lupakan segalanya...
Engkau harus berubah...
ALLAHUAKBAR!!!!
Bantu aku Ya Allah, aku ingin berhijrah...
Hanya dengan keizinanMu Ya Allah aku akan berjaya....
SUBHANALLAH..
ALHAMDULILLAH..
ALLAHUAKBAR...

Wednesday, February 3, 2010

oh ujian, dugaan, cabaran....

Wahai teman,,,,
Apa jua bala bencana singgah menerpa,
Menguji sejauh mana sabar kita,
Mungkin selama ini kita terlupa.....
Malangnya,,,,
Kita terlalu leka dengan nikmat dan kurniaanNYA,
Maka diberi sedikit ujian,
Menguji tahap keimanan dijiwa....
Namun,,,
Bila kesusahan,
Rasa hidup ini terlalu payah,
Pelbagai soalan menerjah,
Baru minta petunjuk hidayah....
Maka,,,
Usahlah kita berputus asa,
Kerna ada rahmat disebaliknya,
Yang kita tidak ketahui,
Dalam hidup ini,
Teruslah berdoa hanya pada ALLAH..
Tuhan yang maha Pengasih, Pemurah dan Penyayang...